Sunday 26 May 2013

Orang Munafik



{63}
AL-MUAFIQUN (orang-orang munafik). 1~11.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila orang-orang munafik itu datang kepada mu, mereka akan berkata; “kami mengakui bahawa se nya engkau pesuruh Allah”, pada hal Allah mengetahui bahawa se nya engkau pesuruhnya, dan Allah menyaksikan bahawa se nya munafikin itu orang-orang yang berdusta.
2. Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah, sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan.  
3. Yang demikian (ialah)  lantaran mereka beriman, kemudian mereka kufur, lalu dimenterai atas hati-hati mereka, oleh itu, mereka tidak bisa faham.
4. Dan apabila engkau lihat mereka, menghairankan mu taubat-taubat mereka, dan jika mereka berkata-kata, engaku dengarkan perkataan mereka, mereka itu seolah-seolah kayu yang disandarkan.
Taip-tiap  teriak kan, mereka sangka buat membahayakan mereka, mereka lah musuh, maka hendakalahh awasi mereka.  Allah  laknati mereka ! kemanakah mereka dipalingkan ?
5. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “marilah supaya Rasul Allah mintakan ampun bagi kamu”, mereka palingkan kepala-kepala mereka, dan engaku bisa lihat mereka berpaling didalam keadaan mereka menyombong.
6. Sama sahaja terhadap mereka, mahupun engkau mintakan ampun  bagi mereka atau pun  tidak engkau mintakan  ampun bagi mereka, Allah tidak akan ampunkan mereka, sesungguhnya Allah tidak memimpin kaum yang derhaka.
7. Merekalah yang berkata; “janganlah kamu beri belanja kepada orang-orang yang disisi Rasul Allah, supaya mereka berpisah”,  pada hal bagi Allah lah perbandaharaan langit-langit dan bumi, tetapi munafikin itu tidak mengerti.
8. Mereka berkata; “jika kita kembali ke Medinah, nescaya orang yang mulia keluarkan orang yang hina daripadanya”, pada hal bagi Allah lah kemuliaan dan bagi Rasul nya dan bagi mukminin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.  
9. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah harta-harta kamu dan anak-anak kamu lalaikan kamu daripada mengingat Allah, kerana barang siapa berubat demikian, maka merekalah orang-oranng yang rugi.
10. Dan belanjakan lah sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada kamu sebelum datang kematian kepada  seseorang  dari kamu lalu ia berkata; “mengapakah tidak engaku mundurkan (kematian) ku kepada satu masa yang dekat, supaya aku bersedekah dan jadikan aku dari orang-orang yang baik-baik”.
11. Pada hal Allah tidak mundurkan (kematian) satu jiwa apabila telah sampai ajalnya, dan Allah sadar terhadap apa-apa yang kamu kerjakan. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]

.